Sumpah laknat Saiful_Bukhari_Azlan

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari TV3 dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.[8][9]

Teks sumpah beliau ialah :

" Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam."

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.[10] Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara sama selepas itu bagi menentang dakwaan Saiful.[11]

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyatakan bahawa lafaz sumpah Saiful Bukhari, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.[12]

Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata bahawa sumpah Saiful tidak patut dipersoalkan kerana mereka yang mengangkat sumpah tersebut akan ditanggung bebannya ke seluruh keturunannya. Dengan itu sumpah Saiful akan turut ditanggung oleh anak dan zuriatnya.[13]

Sumpah Laknat di Mekah

Pada 9 April 2012, Saiful Bukhari telah bersumpah di hadapan Kaabah di Mekah berkaitan isu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau ke tanah suci mengerjakan umrah bersama arwah neneknya. Rakaman sumpah beliau dirakam sendiri olehnya melalui telefon bimbit.[14]Beliau juga menyatakan kenyataan sumpah yang dilafazkan kali pertama bukanlah datang dari pihaknya, tetapi sumpah itu disarankan oleh bekas mufti Perlis dan kesahihan sumpah itu menurut Islam disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.[15]

Terbaru, bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim telah menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 8 Mac lalu berhubung isu liwat anaknya dan mengaku ia benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik.[16]

Rujukan

WikiPedia: Saiful_Bukhari_Azlan http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35307... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/muf... http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-... http://profiles.friendster.com/saifulbukhari http://www.malaysiakini.com/news/85978 http://www.malaysiakini.com/news/98958 http://putrawangsa.com/anwar-ibrahim-liwat-mohd-sa... http://putrawangsa.com/laporan-polis-saiful-bukhar...